Monday, December 13, 2010

Selamat datang awal muharram

Kenapa kita perlu sambut awal muharram dan banyak pahala yang boleh kita dapat masa 10 muharram iaitu hari assyura.

Di antara perkara penting yang berlaku pada bulan muharram ni adalah seperti dibawah:

1 Muharram

    * Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram

    * 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
    * Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
    * Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
    * Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
    * Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
    * Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
    * Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
    * Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
    * Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
    * Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
    * Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
    * Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
    * Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
    * Hari pertama Allah menciptakan alam.
    * Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
    * Hari pertama Allah menurunkan hujan.
    * Allah menjadikan 'Arasy.
    * Allah menjadikan Luh Mahfuz.
    * Allah menjadikan alam.
    * Allah menjadikan Malaikat Jibril.
    * Nabi Isa diangkat ke langit.



Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
   

   1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
   2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
   3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
   4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
   5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
   6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
   7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
   8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
   9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.



Daripada Abu Hurairah RA : Rasulullah SAW ditanya, apakah solat yang paling afdhal selepas solat fardhu? Baginda menjawab, “Solat pada pertengahan malam.” Kemudian ditanya lagi, apakah puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan? Baginda menjawab, “(Puasa pada) bulan Allah yang kamu gelarkan sebagai Muharram” – Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Abu Daud.

Jadi apa lagi,jangan lupa lakukan perkara-perkara sunat pada bulan muharram ni, banyak fadhilat yang kita boleh perolehi. Rasanya semua dah tau lagu 1 Muharram,so layannnn..


1 muharram detik permulaaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan umat islam
dari kotak mekah ke kota madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban,harta dan nyawa
demi menegakkan islam tercinta

hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
kita sambut ma'al hijrah
tingkatkan semangat
kibarkan syiar islam
untuk sepanjang zaman

Panjang pula entri kali ni. *_*