Friday, November 26, 2010

Mengapa Yahudi bijak!.


Hari ni aku nak kongsi kan petua nak jadi bijak. Senang saja tapi memerlukan kesabaran dan kesungguhan. hahaha. Ok, mengapa Yahudi bijak sebab mereka dah praktikkan dari si ibu yang sedang mengandung. Si ibu ni akan menyanyi sambil bermain piano dan akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama suami. Sebab nya, dia orang ni dah tahu banda-banda ni dapat melatih  otak si anak, semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak.

Kemudian mengenai bab pemakanan,si ibu akan makan sarapan  kacang badam dan kurma  bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama ialah roti dan  ikan  tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis  kekacang, (ikan sungguh baik untuk perkembangan otak  dan  kepala  ikan  mengandungi  kimia  yang  tidak  baik  yang  dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan). Semua  ini  adalah  adat  orang  orang  yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi  semacam  kewajipan  untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Campuran ikan dan daging tidak elok dimakan bersama.

Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan  hidangan  utama. Ini kerana, dengan memakan  hidangan  kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan susah untuk memahami pelajaran disekolah.

Dan, mereka tidak merokok untuk menjaga keturunan supaya menjadi bijak. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat  merosakkan  sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau  lembab).  Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang  genes  dan  DNA.  Para  perokok  harap ambil perhatian. No offence ya. setakat ini dulu,next entri aku akan ceritakan mengenai bila anak ni sedang dalam peringkat membesar.

Thursday, November 25, 2010

Jom hiking ke pantai kerachut @ Taman Negara Pulau Pinang


Kali ni aku nak update mengenai pusing-pusing di penang. hahaha. 2 minggu lepas, aku dan office mate hiking ke pantai kerachut iaitu di Taman Negara Pulau Pinang. Ah-ha, mesti ada yang tak tau Penang pun dah ada Taman Negara. Cantik dan best gak sekali sekala pergi hiking ni. Awalnya 10 orang nak join,last-last 7 orang saja yang muncul. Yang lain bagi alasan sebab malam tu dah hujan,nanti bahaya nak hiking. Tapi orang di Taman Negara Pulau Pinang cakap, selamat saja nak hiking hari ni. Ni antara gambar-gambar yang diambil.




Hiking ke Pantai kerachut lebih mencabar dan letih sikit sebab keadaan muka bumi dia cerun dan curam sikit. Tapi kalu jungle treckking ke Monkey beach Pulau pinang kacang je(padahal 1st time dah macam nak pitam dan dah pucat muka,second time pergi dah terer)

time nak balik,dah tak larat nak panjat. Naik bot sudah. Tapi,ya ampun macam nak melambung saja naik bot tu. Masa tu ombak kuat jugak,tu yang rasa jantung nak luruh keluar. Minggu sebelum kami pergi,ada sebuah bot tunda karam dekat pantai tu.hohoho. Bahaya gak time-time ombak kuat,nasib baik selamat.

Akibat letih memanjat + redah ombak aku jadi tersangat-sangat lapar,macam nak makan orang(tipu je). hahaha. apa lagi,lepak kat burger king. Tutup entri ni dengan ayat "Sedap burger dia,tapi fries tak sedap".



Wednesday, November 24, 2010

Four Things to do before you sleep



Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Oh tidakkk...Korea Selatan di bom !!!


Terkejut aku semalam bila baca news mengenai Korea selatan di bom oleh Korea Utara. Apa la adik-beradik ni,bergaduh saja hantar peluru berpandu. Jadi bawang merah bawang putih sudah la, tak perlu bom-bom bagai.

Yang aku terkejut sangat sebab,antara wishlist aku adalah melawat korea. Macam mana nak pergi sana, tak pasal-pasal nanti tak boleh balik Malaysia dah. Aku harap xde la jadi perang antara dua adik-beradik tu.

"INCHEON - Tentera Korea Utara melepaskan sekurang-kurangnya 200 bedilan meriam ke Pulau Yeonpyeong milik Korea Selatan dekat sempadan semalam hingga menyebabkan dua askar Korea Selatan terbunuh manakala 19 yang lain cedera termasuk 17 anggota tentera dan tiga orang awam.

Bedilan itu menyebabkan tentera Korea Selatan membalas dengan serangan artileri serta mengerahkan beberapa buah jet pejuangnya ke lokasi tersebut dengan pertempuran berterusan selama sejam." (lebih berita di Kosmo)

Tapi gila la,200 bedilan meriam + artileri + sejam perang. Memang sudah gila. Apa nak jadi dunia sekarang. Macam mana nak pergi korea nih,huhu. Aku nak jumpa SuJu (super junior), sarang haeyo. Peace No War ok.

Ada apa dengan Wish list ?



Entri kali ni mengenai wish list aku dan aku yakin setiap orang mesti ada wish list tersendiri. Kalau xde wish list, maksudnya kita hidup tanpa arah. Kita xde impian/tujuan/cita-cita, tak kisah la impian nak berjaya dalam exam ke,nak beli handphone ke or apa-apa saja. Yang penting wish list kita ada untuk jangka pendek dan jangka panjang. "If you don't plan, you plan for fail".

Aku yakin,dari kita kecik kita dah plan (actually our parent yang plan untuk kita untuk kita berjaya jadi orang). Mesti dapat 4A UPSR, 8A PMR, 8A SPM, 3 pointer masa exam Universiti pastu jadi doktor,engineer,lawyer dan macam-macam lagi. Itu pon dah dikira sebagai wish list. Cuma bergantung pada usaha dan kemampuan nak bagi wish list tu berjaya.

Aku tak suka buat wishlist setiap tahun,aku lebih suka senaraikan semua benda yang aku inginkan jadi kenyataan. So ini dia wish list aku:

-nak jadi doktor (tapi tak berjaya sebab tak ambil biologi,malas nak hafal).
-lepas tu,nak jadi engineer dalam bidang kimia (tapi tak berjaya sebab kimia pon susah macam bio.hahaha)
-lepas tu nak jadi electric/electronic engineer (at last,ni la impian yang dah berjaya)
-nak tukar handphone c905 --> samsung galaxy S kot
-nak tukar rim kereta myvi ku
-nak travel to korea, new zealand, japan, mekah.
-nak beli rumah atas tanah (sekarang ni dok atas bumbung orang saja)
-nak ada saving yang banyak
-kahwin (tak tau la bila,sebab xde jodoh lagi. Jawapan yang cliche' sangat.hahaha)

So,yang lain-lain macam mana? apakah wish list anda, dah berjaya ke or on the way lagi...

My name is...about me



Hola.. Salam perkenalan. Blog ni dibuat atas dasar nak isi masa lapang selepas seharian berkerja. Ye la,dari pukul 9am sampai la 6pm (company swasta) asyik buat keje. So,tiap-tiap hari macam tu la, bangun pagi pergi keje then balik rumah tengok tv/series kat lappy aku. So dari tiap-tiap hari dok buat benda yang sama,baik aku start buat blog,boleh la luahkan perasaan,release tension,beri info apa yang aku tau dan yang paling penting rutin harian aku dh bertambah. Xde la,benda yang sama dok buat.

Jadi, itu la aku,seorang perempuan (I'm not a girl,not yet a women) yang agak pendiam dan malas nak bercakap. Kadang-kadang je. Aku suka berkenalan sebab bila kawan ramai,lagi la banyak knowledge yang boleh dapat. Berkawan biar ramai (senang mintak tolong), tapi berkasih biar la seorang (I'm still single). hahaha..Anyway,sekarang bukan la masa nak bercinta, aku nak kumpul duit banyak-banyak dan banyak lagi wishlist tak selesai lagi. Next entri,aku akan ceritakan wishlist aku. Stay tune.