Friday, November 26, 2010

Mengapa Yahudi bijak!.


Hari ni aku nak kongsi kan petua nak jadi bijak. Senang saja tapi memerlukan kesabaran dan kesungguhan. hahaha. Ok, mengapa Yahudi bijak sebab mereka dah praktikkan dari si ibu yang sedang mengandung. Si ibu ni akan menyanyi sambil bermain piano dan akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama suami. Sebab nya, dia orang ni dah tahu banda-banda ni dapat melatih  otak si anak, semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak.

Kemudian mengenai bab pemakanan,si ibu akan makan sarapan  kacang badam dan kurma  bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama ialah roti dan  ikan  tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis  kekacang, (ikan sungguh baik untuk perkembangan otak  dan  kepala  ikan  mengandungi  kimia  yang  tidak  baik  yang  dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan). Semua  ini  adalah  adat  orang  orang  yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi  semacam  kewajipan  untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Campuran ikan dan daging tidak elok dimakan bersama.

Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan  hidangan  utama. Ini kerana, dengan memakan  hidangan  kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan susah untuk memahami pelajaran disekolah.

Dan, mereka tidak merokok untuk menjaga keturunan supaya menjadi bijak. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat  merosakkan  sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau  lembab).  Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang  genes  dan  DNA.  Para  perokok  harap ambil perhatian. No offence ya. setakat ini dulu,next entri aku akan ceritakan mengenai bila anak ni sedang dalam peringkat membesar.

No comments:

Post a Comment