Thursday, November 25, 2010

Jom hiking ke pantai kerachut @ Taman Negara Pulau Pinang


Kali ni aku nak update mengenai pusing-pusing di penang. hahaha. 2 minggu lepas, aku dan office mate hiking ke pantai kerachut iaitu di Taman Negara Pulau Pinang. Ah-ha, mesti ada yang tak tau Penang pun dah ada Taman Negara. Cantik dan best gak sekali sekala pergi hiking ni. Awalnya 10 orang nak join,last-last 7 orang saja yang muncul. Yang lain bagi alasan sebab malam tu dah hujan,nanti bahaya nak hiking. Tapi orang di Taman Negara Pulau Pinang cakap, selamat saja nak hiking hari ni. Ni antara gambar-gambar yang diambil.




Hiking ke Pantai kerachut lebih mencabar dan letih sikit sebab keadaan muka bumi dia cerun dan curam sikit. Tapi kalu jungle treckking ke Monkey beach Pulau pinang kacang je(padahal 1st time dah macam nak pitam dan dah pucat muka,second time pergi dah terer)

time nak balik,dah tak larat nak panjat. Naik bot sudah. Tapi,ya ampun macam nak melambung saja naik bot tu. Masa tu ombak kuat jugak,tu yang rasa jantung nak luruh keluar. Minggu sebelum kami pergi,ada sebuah bot tunda karam dekat pantai tu.hohoho. Bahaya gak time-time ombak kuat,nasib baik selamat.

Akibat letih memanjat + redah ombak aku jadi tersangat-sangat lapar,macam nak makan orang(tipu je). hahaha. apa lagi,lepak kat burger king. Tutup entri ni dengan ayat "Sedap burger dia,tapi fries tak sedap".



No comments:

Post a Comment